Текст страницы
•
Sesetengah peranti wayarles boleh menjejaskan prestasi alat bantuan pendengaran atau perentak jantung. Rujuk
penyedia perkhidmatan anda untuk maklumat lanjut.
•
Pengeluar perentak jantung mengesyorkan jarak minimum sebanyak 15 cm dikekalkan di antara peranti dan perentak
jantung untuk mengelakkan kemungkinan gangguan dengan perentak jantung. Jika anda menggunakan perentak
jantung, pegang peranti pada bahagian yang bertentangan dengan perentak jantung dan jangan bawa peranti di
poket depan anda.
•
Suhu ideal: 0°C hingga 35°C untuk operasi, -10°C hingga +45°C untuk penyimpanan.
•
Elakkan penggunaan peranti di tempat yang berhabuk, lembap atau kotor, atau berdekatan dengan medan magnet.
•
Tandaan peranti ini terletak dalam petak bateri. Buka penutup atas tetikus dan tanggalkan bateri. Anda akan
menemui Tandaan dalam petak bateri.
•
Jauhkan bateri daripada api, kepanasan yang melampau, tekanan udara teramat rendah dan di bawah cahaya
matahari langsung. Jangan meletakkan bateri di atas atau di dalam peranti pemanasan. Jangan membuka bahagian
bateri, mengubah suai, membuang atau menekan bateri. Jangan masukkan objek asing ke dalam bateri,
merendamkan bateri di dalam cecair, atau mendedahkan bateri kepada daya luar atau tekanan, kerana tindakan ini
boleh menyebabkan bateri bocor, menjadi terlalu panas, terbakar atau pun meletup.
•
Jauhkan peranti ini dan aksesorinya yang mungkin mengandungi komponen-komponen kecil daripada capaian kanak-
kanak. Jika tidak, kanak-kanak mungkin merosakkan peranti ini dan aksesorinya secara tidak sengaja, atau tertelan
komponen kecil, yang boleh menyebabkan tercekik.
•
Jangan sambungkan kutub bateri dengan konduktor, seperti kunci, barang perhiasan atau bahan logam lain.
Melakukan sedemikian boleh membuatkan litar pintas kepada bateri dan menyebabkan kecederaan atau lecuran.
81